ANTARA BLOG KAK G..

ANTARA BLOG KAK G YANG KORANG RUGI TAK TENGOK..
SILA LA RINGAN-RINGAN KAN TANGAN LAWAT DAN JADI FOLLOWER KAK G DI BLOG KAK G NI JUGAK YE..

http://lovezie-oven.blogspot.com

Friday, April 15, 2011

NASI AYAM LEMON ALA RESTAURANT PAK LI




salam...emmm hari putri2 ku minta nasi ayam ala restaurant pak li yang kat sek 7 shah alam..
kat sini kita da tempek resepinya..

BAHAN2NYA

1 ekor ayam(rebus ayam kira ambik sikit je dari ayam mentah jangan rebus semua ye)(ambik air buat masak nasi)
kiub ayam
2 inci halia
2 biji bawang merah
1 batang serai
sedikit lada sulah
sedikit pewarna kuning


BAHAN KUAH LEMON
3 biji lemon
1 biji bawang merah(kisar)
3 inci lengkuas(kisar)
sedikit tepung jagung
sedikt pewarna
3 sudu madu

BAHAN PERAPAN AYAM
kicap cair
lada sulah
garam sikit
serbuk jintan manis.puti dan ketumbar 1 sudu
2 sudu tepung ubi/jagung
PERAP AYAM UNTUK SATU JAM

CARA MEMBUAT NASI
1-tumis bawang,halia ang telah dikisar hingga naik bau
2-masukkan kiub ayam..kita pakai 2 kib..tumis semua sampai naik bau..
3-masukkan serai yg diketuk
4-masukkan beras yang telah dibasuh goreng seketika.
5-baru masuk air rebusan ayam mengikut sukatan macam u all masak nasi biasa..simpan sedikit air rebusan untuk membuat kuah lemon ya....
6-masukkan lada sulah,garam secukupnya dan sedikit pewarna kuning.
7.masak sampai masak.
8-AYAM yang diperap hendaklah digoreng.celup ayam dengan telur kemudian golek dalam tepung gandum dan goreng

CARA MEMBUAT KUAH LEMON
1-tumis bawang dan lengkuas dengan sedikit minyak saja.
2-masukkan air rebusan ayam
3-masukkan 2 susdu madu(kalau nak manis lebihkan kalau tak de madu guna gula je
4-pekatkan sedikit kuah dengan tepung jagung yg dibancuh
5-masukkan pewarna kuning sikit je
6-masukkan perahan lemon 2 biji lemon je ..buat la kuah tu ada rasa lemon2 ye..
masukkan garam sikit dan serbuk perasa
7-masak hingga masak

CARA MEMBUAT SAMBAL
1-masak cili kering,bawang putih dan lengkuas yang dikisar sehingga mendidih.maksudnya bahan kisar itu ditambah sikit air sebelum direbus jangan la terlalu ceroi kata org penang maksudnya terlalu cair biar ada pekat sikit
2-masukkan gula secukup nya.sambal ini kena rasa manis2 sikit
3-masukkan cuka secukupnya nak masam boh la lebih.
masukkan sedikit garam dan masaklah sehingga mendidih ya.

TORAI YA JANGAN TAK TORAI...LEPAS TU BAGI FEEDBACK YA..

3 comments:

  1. Saya cuba resipi ni semalam. Saya follow bulat2.
    Ok komen saya:-

    Nasi
    Nasi jadi sedap. Hudsband tambah sampai 3 kali. Saya mungkin olah sikit sebab saya nak makan berdua je dengan husband. Saya rebus dan reneh lama kulit ayam sekali dengan lemak-lemak ayam tu untuk dapatkan stok ayam. Saya guna stok ayam dan stok pekat ayam maggi untuk dapatkan rasa yang lebih umpph. Saya tak pakai kiub.

    Ayam goreng.
    Saya guna thigh & drumstick utk perap dan goreng. Sama juga, saya guna resipi di atas. Menjadi rasanya tapi saya tambah kunyit sikit nak bagi dia jadi kuning-kuning. Memang tak jadi la macam pakli punya, saya punya rentung. Hahaha.. gelap la ayamnya.. Saya rasa utk ayam ni, lagi cantik guna chicken fillets.

    Sos Lemon
    Yang ni langsung tak menjadi. Sos lemon saya jadi warna pink. Mujur suami saya chef. Saya tanya kenapa sos jadi kaler pink? Dia tanya balik nak buat apa ni? Bila saya jawab sos lemon dia terkejut. Bila saya sebut boh bawang dengan lengkuas dia lagi terkejut.

    Ini resipi sos lemon yang suami saya buatkan.. mudah gile..
    Saya guna cold pressed fresh organic lemon juice instead of perah.. (leceh hehe)
    Tuang la sebanyak mana lemon juice dalam sauce pan on low heat,
    boh gula.. cecap la rasa nak manis cemana. Sambil tu kacau dengan egg beater.
    Slice halia besar2.. campak dalam campuran lemon dan gula tu, kacau lagi kasar2... bukan kacau lemah gemalai tu..
    Masukkan bancuhan corn starch dan kacau lagi kasar2 sampai pekat.

    Siap! Ini saya tengok husband saya buat la.. mmg sedap! Husband kata mungkin akak silap kot, mgkin akak maksudkan halia sebenar tapi tertulis lengkuas.

    Sambal
    Saya tak buat sambal sebab buat nasik dengan ayam tu macam renyah nya nauzubillah...

    So kitorang makan nasik dengan ayam simbah dengan sos lemon je. Itu pon husband tambah sampai 3 kali. Kira ok lah..

    Tapi thank you share resipi ni. Saya ni baru je nak jejak kaki ke dapo. hehe..

    ReplyDelete
  2. Oh lupa nak tambah... Saya tengok akak guna pewarna kuning.. Mak saya cadangkan letak safron. Saya kata amboiii mana nak cari safron.. So sebagai ganti yang "sihat" sket, saya letak sikiiiiit je kunyit dalam nasi bagi jadi kuning2.

    ReplyDelete
  3. Puti tu apa yang dekat bahan perapan ayam tu?

    ReplyDelete