ANTARA BLOG KAK G..

ANTARA BLOG KAK G YANG KORANG RUGI TAK TENGOK..
SILA LA RINGAN-RINGAN KAN TANGAN LAWAT DAN JADI FOLLOWER KAK G DI BLOG KAK G NI JUGAK YE..

http://lovezie-oven.blogspot.com

Friday, April 15, 2011

NASI AYAM LEMON ALA RESTAURANT PAK LI




salam...emmm hari putri2 ku minta nasi ayam ala restaurant pak li yang kat sek 7 shah alam..
kat sini kita da tempek resepinya..

BAHAN2NYA

1 ekor ayam(rebus ayam kira ambik sikit je dari ayam mentah jangan rebus semua ye)(ambik air buat masak nasi)
kiub ayam
2 inci halia
2 biji bawang merah
1 batang serai
sedikit lada sulah
sedikit pewarna kuning


BAHAN KUAH LEMON
3 biji lemon
1 biji bawang merah(kisar)
3 inci lengkuas(kisar)
sedikit tepung jagung
sedikt pewarna
3 sudu madu

BAHAN PERAPAN AYAM
kicap cair
lada sulah
garam sikit
serbuk jintan manis.puti dan ketumbar 1 sudu
2 sudu tepung ubi/jagung
PERAP AYAM UNTUK SATU JAM

CARA MEMBUAT NASI
1-tumis bawang,halia ang telah dikisar hingga naik bau
2-masukkan kiub ayam..kita pakai 2 kib..tumis semua sampai naik bau..
3-masukkan serai yg diketuk
4-masukkan beras yang telah dibasuh goreng seketika.
5-baru masuk air rebusan ayam mengikut sukatan macam u all masak nasi biasa..simpan sedikit air rebusan untuk membuat kuah lemon ya....
6-masukkan lada sulah,garam secukupnya dan sedikit pewarna kuning.
7.masak sampai masak.
8-AYAM yang diperap hendaklah digoreng.celup ayam dengan telur kemudian golek dalam tepung gandum dan goreng

CARA MEMBUAT KUAH LEMON
1-tumis bawang dan lengkuas dengan sedikit minyak saja.
2-masukkan air rebusan ayam
3-masukkan 2 susdu madu(kalau nak manis lebihkan kalau tak de madu guna gula je
4-pekatkan sedikit kuah dengan tepung jagung yg dibancuh
5-masukkan pewarna kuning sikit je
6-masukkan perahan lemon 2 biji lemon je ..buat la kuah tu ada rasa lemon2 ye..
masukkan garam sikit dan serbuk perasa
7-masak hingga masak

CARA MEMBUAT SAMBAL
1-masak cili kering,bawang putih dan lengkuas yang dikisar sehingga mendidih.maksudnya bahan kisar itu ditambah sikit air sebelum direbus jangan la terlalu ceroi kata org penang maksudnya terlalu cair biar ada pekat sikit
2-masukkan gula secukup nya.sambal ini kena rasa manis2 sikit
3-masukkan cuka secukupnya nak masam boh la lebih.
masukkan sedikit garam dan masaklah sehingga mendidih ya.

TORAI YA JANGAN TAK TORAI...LEPAS TU BAGI FEEDBACK YA..

Monday, April 11, 2011

MANISAN PISTACHIO ALA TANDUK


Bahan:

adunan:

250 gr tepung

75 g margerin,

1 cubit garam

1 sdt kopi putih

1 sdt hijau pewarna



isian:

250 g almond

125 gr gula

1 sdt coffee paste

1 butir telur


GARNISHING


madu

hancur pistachio.


CAR MEMBUAT DOUGH

-Tuangkan tepung ke dalam mangkuk, tambah marjerin, vanilia, garam.

-Aduk rata dengan hujung jari anda

-Bahagi adunan menjadi dua bahagian

-untuk satu, anda akan menambah warna putih ,satu adunan warna hijau. kemudian tambah sedikit air untuk menjemput, terus meramas selama beberapa saat.


CARA MEMBUAT ISIAN


untuk bahan isian campuran almond dan bahan-bahan kering, pukul bersama telur dan ketepikan.

tebar adunan dan potong memanjang.kemudian disusun berselang seli dan roll baik menggunakan roller supaya ia melekat sesama sendiri

Potong lingkaran dengan cookies cutter 8 cm diameter.

isikan dengan bahan isian yang dibentuk sedikit supaya senang untuk anda balut seperti kon.cucuk kon itu dengan garpu supaya mendapat bentuk seperti diatas.

selepas itu bakar pada 170 darjah selama sepuluh minit.

selepas masak rendam adunan didalam madu dan hias dengan pistachio.


CUBALAH...



Sunday, April 10, 2011

MEE REBUS ORIGINAL PENANG


SALAM SEMUA..
hari ni teringin la pulak nak buat mee rebus original penang ni..ni adalah resepi warisan turun temurun..mesti hangpa nak resepi nya kan..ha nanti cheq bagi no....
sebelum tu korang nikmatila dulu pic ni..hahah jangan marah nanti kena jual



hari ni baru ada kesempatan nak bagi resepi..

BAHAN-BAHANNYA

1kg ubi keledek
rm1.00 kacang dhal australia
1/2KG udang ambik kulit nya
pewarna merah dan kuning

BAHAN UNTUK CUCUR MAMAK (KOLA KOTE)
-1/2kg tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh serbuk kunyit
-sebiji kelapa parut
-sedikit garam
BAHAN MAKAN

-mee
-telur(rebus)
-tauge(celur)
-isi udang (goreng bersama sedikit minyak dan lada sulah)
-bawang goreng
CARA MEMBUATNYA

1.Rebus ubi keledek sehingga empuk dan blenderkan
2.rebus kulit udang setelah itu airnya jangan dibuang,airnya digunakan untuk blend kulit udang tadi dan tapis air nya kedalam periuk yang kita nak buat kuah
3.Rebus kacang dhal dan blend
4.setelah itu campurkan semua bahan blend tadi kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.campurkan air mengikut banyak mana u all nak kuah nya.
5.kuah mee rebus ni tak pekat tak cair..kalau dah terlebih cair jangan panik just masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air.
6.masukkan garam dan serbuk perasa.
7.masukkan sikit pewarna yang di mix warna merah dan kuning untuk dapat warna seperti diatas.jangan banyak sangat ye..

CARA MEMBUAT CUCUR MAMAK

1.Gaulkan semua bahan cucur macam kita nak buat cucur kodok.lepas tu korang goreng la no..nanti nak makan kena potong panjang2

*BUAT PENGETAHUAN SEMUA INI ADALAH BAHAN RAHSIA MEE REBUS PENANG CUCUR MAMAK NI..KEBANYAKKAN RESEPI AKAN BAGI CUCUR UDANG..JADI TRY LA APA TUNGGU LAGI

CARA MEMBUAT SAMBAL

-Tumis 2 senduk cili mesin sehingga naik baunya.
-Masukkan kicap cair dalam1 senduk kecil ya jangan masin sangat
-masukkan sedikit garam dan sebuk perasa

-Selepas itu korang hiasla mee rebus korang..ye..jangan la nak murtad pi tukar bahan coz kalau dah tukar tak de la originality mamak nye. Mee rebus..dia orang tak de kacang,tak de ayam,daging ke pebenda..kalau tak caye balik penang torai.

GOOD LUCK...

MEH JADI FOLLOWERS CHEQ KAT BLOG NI JUGAK

http://lovezie-oven.blogspot.com